Pendidikan dan kerjaya Khairy_Jamaluddin

Khairy melanjutkan pelajarannya di United World College of South East Asia di Singapura, dan pengajian universitinya di Universiti Oxford, United Kingdom. Ketika di Oxford, beliau menuntut di Kolej St. Hugh, dan kemudiannya graduan dalam bidang Falsafah, Politik, dan Ekonomi (PPE). 1997 – 1998 Ijazah Sarjana Teori Undang-Undang dan Politik, University College, London,dan merupakan felo di Pusat Pengajian Islam Oxford. Walaupun penglibatan ekonomi dalam pengajiannya adalah minimum, Khairy menulis dan memberi komen tentang status dan iklim ekonomi di Malaysia. Beliau telah dikritik kerana menulis isu yang tidak difahami oleh beliau. Pada tahun 1998 – 1999 beliau menjadi Pengacara TV, Rancangan Dateline Malaysia dan Wartawan Isu Antarabangsa, The Economist di London, United Kingodm. Beliau juga adalah Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri iaitu bekas mantan perdana menteri Tun Abdullah Badawi. Pada tahun 2004-2006 Khairy merupakan Pengarah Perbankan Pelaburan, ECM Libra Bhd dan juga ahli Perniagaan.

Rujukan

WikiPedia: Khairy_Jamaluddin http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?... http://www.bernama.com/bernama/v3/news.php?id=2761... http://antikhairy.blogspot.com/2008/03/pak-lah-sel... http://www.jeffooi.com/2006/08/ecmlibra_bruhaha_ab... http://www.jeffooi.com/2006/08/freetalk_16_ultrama... http://www.malaysiakini.com/news/81914 http://www.malaysiakini.com/news/89901 http://www.malaysiakini.com/news/91527 http://www.time.com/time/asia/covers/501061106/sto... http://youtube.com/watch?v=cpsGKb0UB0Y